Klinik Hijraa 24 Jam Dungun › Pembedahan Kecil
Pembedahan KecilBuang ketuat, cyst & lipoma di Kuala Dungun
Prosedur kecil oleh doktor kami dengan bius setempat — kebanyakannya siap dalam masa kurang sejam dan anda boleh pulang pada hari yang sama. Hantar gambar melalui chat untuk anggaran harga, kemudian tempah slot.
- 4.9 · 1,400+ ulasan Google
- Doktor berdaftar MMC
- Buka 24 jam
Prosedur yang kami buat
Ketuat, tahi lalat & skin taglaser, rawatan beku (cryo) atau dibuang
Cyst, lipoma & ketumbuhan kecildibuang dan dijahit kemas
Bisul / absesditoreh dan nanah dikeluarkan
Kuku masuk isicabut kuku penuh atau separa
Chalazion & bintit (mata)dibuang oleh doktor
Ganglion & suntikan sendisedut atau buang; suntikan lutut, bahu, tumit
Bagaimana ia berjalan
Chat & hantar gambar
Ceritakan masalah dan hantar gambar — kami beri anggaran harga.
Tempah slot
Prosedur dibuat pada slot doktor, jadi perlu ditempah dahulu.
Prosedur
Bius setempat; kebanyakannya siap kurang sejam.
Rawatan susulan
Cuci luka atau buka jahitan bila perlu.
Anggaran harga
Buang ketuat / tahi lalat (laser)~RM150 satu
Rawatan beku ketuat (cryo)~RM100 satu
Buang cyst / ketumbuhan kecil~RM150–250
Toreh bisul / abses~RM150–180
Kuku masuk isi (buang kuku)~RM100–150
Chalazion (ketumbuhan kelopak mata)~RM280 semata
Suntikan sendi / urat~RM100–250
Ini anggaran — harga sebenar disahkan doktor selepas melihat saiz dan jenis masalah. Lipoma dan skin tag ikut saiz dan bilangan. Bayaran tunai, kad, QR, ShopeePay atau Atome.
Soalan Lazim
Soalan yang kerap ditanya
Perlukah temujanji?
Ya. Prosedur dibuat pada slot doktor, jadi chat dengan kami dahulu untuk menempah tarikh dan masa yang sesuai.
Sakit tak?
Kawasan itu dibius dahulu (bius setempat), jadi anda hanya rasa sedikit semasa suntikan bius. Doktor akan beri ubat tahan sakit jika perlu selepas prosedur.
Berapa lama prosedur?
Kebanyakan prosedur siap dalam masa kurang sejam dan anda boleh pulang pada hari yang sama.
Perlu buka jahitan?
Kadang-kadang. Jika dijahit, anda kembali dalam 7–14 hari untuk buka jahitan (~RM4–7 sejahitan).
Boleh guna panel?
Bergantung kepada panel anda. Hantar nama panel melalui chat dan staf kami akan sahkan.
Tempah slot anda
Chat dengan kami dan hantar gambar — kami beri anggaran harga dan tarikh yang sesuai.